SISTEM PERMONITORAN SINARAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL RADIATION MONITORING SYSTEM (ERMS)) DI MALAYSIA
ERMS merupakan sistem penyampaian data aras sinaran secara langsung daripada stesen ERMS ke sistem LPTA. ERMS menyampaikan data bacaan kadar dos melalui pengesanan sinar gama. Bacaan kadar dos ini boleh dilihat secara langsung di laman sesawang LPTA. Terdapat enam (6) stesen ERMS di seluruh Malaysia iaitu di Pengkalan Chepa, Kuantan, Senai, Cameron Highland, Kudat dan Sri Aman. Penempatan ERMS di kawasan tersebut berdasarkan beberapa kriteria yang dikenalpasti oleh pegawai pakar LPTA antaranya adalah kawasan yang mempunyai capaian kepada akses internet bagi memudahkan penyampaian data bacaan secara langsung dan sempadan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |