Pengenalan
Apa itu Kejadian Radiologikal dan Nuklear?
Kejadian Radiologikal dan Nuklear adalah mana-mana kejadian yang tidak diingini, termasuk kesilapan pengendalian, kegagalan kelengkapan atau kemalangan kecil yang lain, jika akibat atau akibat yang berpotensi bukan sedikit sahaja dari segi perlindungan atau keselamatan radiologikal dan nuklear.
Contoh-Contoh Kejadian/Kemalangan Sinaran
- kenderaan yang membawa bahan radioaktif terlibat dengan kemalangan jalanraya.
- Bahan Radioaktif tidak boleh dimasukan ke dalam bekas selepas kerja-kerja Radiografi Industri selesai.
- Bahan Radioaktif dalam bentuk serbuk dan cecair tertumpah ketika dikendalikan.
- Kecurian/kehilangan Bahan Radioaktif.
- Punca Bahan Radioaktif tidak bertuan dijumpai di kawasan awam.